Pelantikan tersebut menyaksikan pertukaran jawatan bersama Ketua JSPT terdahulu,  Supritendan Dzulkhairi Mukhtar yang kini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kulai.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md. Din di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. - K! ONLINE.