Norafazila Ibrahim, 26, berkata, suaminya, Mohamad Safik Zakaria, 28, didapati telah menghilangkan diri sewaktu berpantang anak sulung mereka pada Januari tahun lalu. 

Katanya, dia berkahwin dengan Mohamad Syafik pada Disember 2016.

"Selepas lebih setahun perkara ini berlarutan akhirnya saya ambil keputusan untuk memfailkan permohonan fasakh pada 2 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. 

"Perbicaraan yang sepatutnya dijalankan pada 21 Februari lalu terpaksa ditangguhkan susulan suami tidak hadir dengan mahkamah menetapkan 25 April depan sebagai sebutan semula kes," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Norafazila menambah, dia ada berusaha mencari suaminya yang beralamat terakhir di Kampung Mengkuang Hujong, Kuala Pegang, Baling, Kedah namun gagal.

Justeru, dia meminta orang ramai yang mengenali Muhamad Syafik agar menghubunginya di talian 017-3924981. - K! ONLINE