Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari berkata, selain itu, Klinik Pergigian Labuan turut dilengkapi dengan mesin X-ray terbaharu dalam usaha berterusan untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan mulut.

"Kebajikan dan keselesaan kakitangan perubatan juga sentiasa diutamakan dengan pembinaan 46 unit kuarters baharu tidak lama lagi. Ia juga bagi persediaan untuk menampung peningkatan jumlah tenaga kerja pada masa depan.

"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk untuk meningkatkan penjagaan kesihatan bagi penduduk dan pelabur di sini," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi di Giant Hypermarket dan Skypark di sini hari ini.

Dr. Ismuni juga berkata, Hospital Nukleus Labuan kini memiliki tiga ambulans baharu iaitu satu daripadanya Ambulans Kelas A yang dilengkapi kemudahan perubatan kecemasan asas. - Bernama