Menurut Siti Mahani Bahri, 70, situasi tersebut mengundang rasa tidak selesa pada dirinya kerana kedua-dua pokok rambutan itu terletak hanya kira-kira 2.5 meter dari kediamannya.

Katanya, kejadian ratusan ulat bulu yang menyerang dua batang pokok itu berlaku sejak pertengahan tahun lalu dan terbaharu pada tiga hari lalu.

"Setiap kali pokok rambutan itu baharu hendak berdaun selepas musim gugur ulat bulu berkenaan akan muncul yang berukuran sehingga 10 sentimeter.

"Peliknya, ia tidak menyerang pokok rambutan di rumah penduduk berdekatan walaupun jumlahnya semakin banyak sejak tiga hari lalu sebelum saya menghubungi Angkatan Pertahanan Malaysia," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi APM Daerah Klang, Leftenan (PA) Mohd. Hairi Ibrahim menegaskan seramai empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.41 pagi. - K! ONLINE