Keseluruhan komposis iperbarisan terdiri daripada 46 pegawai dan 823 anggota lain-lain pangkat (LLP) gabungan daripada ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil bahagian dalam raptai pagi ini. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dijadualkan menghadiri sambutan Istiadat Perbarisan tersebut, selain Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta kenamaan lain termasuk pengurusan atasan pelbagai jabatan dan kementerian.

Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan berkata, sambutan Hari Pahlawan adalah antara usaha dan keperihatinan kerajaan menetapkan satu hari yang khas bagi mengenang jasa-jasa perwira tanahair yang terkorban dalam usaha mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

Ia disambut pada setiap 31 Julai sebagai memperingati perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara secara bergilir antara ATM dan PDRM sejak 1968.

Persembahan pantomim 'Operasi Iblis1971' dan deklamasi sajak 'Demi Pertiwiku' adalah antara acara yang dijangka menarik perhatian pengunjung pada sambutan kali ini. - Bernama