Menurut jurucakap syarikat berkenaan, pemandu bas terbabit berusia 50 tahun dan rekod syarikat mendapati pemandu itu mempunyai dua tahun pengalaman mengendalikan bas berkenaan di sekitar daerah ini.

"Kami amat kesal terhadap kejadian itu dan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian berdekatan sebuah pasar raya di Beserah pada pukul 9 pagi semalam, seorang penumpang warga emas yang turun dari bas henti-henti Rapid meninggal dunia setelah dipercayai tergelincir sebelum kepalanya terhantuk pada tepi longkang bersebelahan tempat bas itu berhenti.

Mangsa yang dikenali sebagai Mek Teh Dagang, 71, meninggal dunia pada pukul 1.30 petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. - Bernama