Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar (gambar kecil) berkata, langkah itu merupakan satu penyelesaian terbaik dalam memastikan kutipan bayaran bil pembetungan yang dikendalikan oleh Indah Water Konsortium (IWK) akan meningkat secara keseluruhannya.

Menurutnya, penggabungan bil tersebut bukan merupakan perkara baharu memandangkan ia telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan sebelum ini.

“Kutipan yang diperoleh IWK kini dilihat tidak mampu menanggung kos pentadbiran sehingga memaksa kerajaan menyalurkan peruntukan RM150 juta setahun kepada IWK,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.