Namun beliau tidak menyatakan  jumlah peruntukan yang disalurkan untuk program tersebut.

"Kegagalan itu boleh dilihat apabila ramai yang dipenjarakan kerana kesalahan penyalahgunaan dadah. Semasa suami saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam penjara, beliau (Anwar) melihat sendiri banduan ini (banduan menjalani hukuman kerana kesalahan penyalahgunaan dadah) ditempatkan berdekatan selnya.

"Dadah ini menjadi toksik bukan sahaja kepada penagih tetapi turut memberi kesan terhadap anggota keluarga dan persekitaran...ini yang kita mahu cegah supaya ia tidak merebak. Menurut laman web Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), sebanyak 25,922 kes dilaporkan pada tahun lepas (2017)" katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Karnival Prihatin dan Hari Terbuka Universiti Selangor (Unisel) di Desa Mentari di sini hari ini. - Bernama