Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya kecil itu tetapi rakyat telah menunjukkan protes de­ngan jumlah keluar me­ngundi yang rendah.

“Kemerosotan undi calon PH juga menunjukkan golongan atas pagar malah penyokong mereka dalam kalangan pengundi muda tidak keluar me­ngundi sebagai tanda protes.

“BN kekal dengan pendirian sewaktu berkempen iaitu memprotes kerajaan PH atas kegagalan menunaikan manifesto pilihan raya umum lalu selain menggesa untuk menghentikan tindakan yang mencabar Islam dan orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.