Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, rakyat perlu lebih faham peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja-raja sebagai Ketua Negeri yang sekali gus pemahaman tersebut dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

"Masyarakat harus faham kedudukan perlembagaan, jadi kita perlu lebih memperbanyak 'outreach to educate people' tentang peruntukan perlembagaan yang memberikan kedudukan khas kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja di negara ini.

"Janganlah sesiapa cuba mengungkitkan apa-apa isu (berkaitan perlembagaan) yang boleh menyakiti hati raja-raja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukan Tetangga Dan Persatuan Penduduk Peringkat Zon Selatan (Melaka dan Johor) 2019 di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Adly Zahari. - Bernama