Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mansor Omar berkata, jumlah itu lebih kecil berbanding rakyat Jepun iaitu kira-kira 150 kg setahun.

"Saya lihat pelbagai aspek menjadi punca mengapa sayur-sayuran dan ulam-ulaman kurang diminati sebagai makanan rutin kepada lebih 32 juta rakyat negara ini.

"Antaranya ialah kurangnya kepelbagaian resipi, cara pemotongan yang betul selain nilai tambah bagi sayur-sayuran dan ulam-ulaman tempatan.

"Sebagai contoh, di China terdapat lebih 100 resipi masakan yang boleh dihasilkan menggunakan kangkung selain sayur itu boleh dijadikan kerepek.

"Malah, sup menggunakan cendawan juga sedap dan berkhasiat tetapi kurang mendapat perhatian konsumer," katanya di Sekolah Kebangsaan Sena di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Bermusim dan Sayur-Sayuran Tempatan peringkat Sekolah Rendah Negeri Perlis.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail.

Sayur-sayuran tempatan yang terkenal di negara ini seperti kangkung, kobis, sawi, serai dan timun.

Sementara itu, bagi ulam-ulaman pula ialah pegaga, peria katak, pucuk ubi, ulam raja dan petai yang sedap dimakan bersama nasi yang masih panas serta sambal belacan. - K! ONLINE