Menurut Wisma Putra, Konsul Jeneral Malaysia telah dihantar ke Zamboanga pada 5 April lalu bagi memantau keadaan mangsa dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarganya.

Jelasnya, pihak konsul kini sedang menguruskan jenazah mangsa agar dapat dibawa pulang ke Malaysia dengan segera.

“Jenazah mangsa dijadual akan dibawa pulang ke tanah air pada Khamis (esok) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada pukul 7.45 pagi Jumaat ini.

“Kerajaan Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan serta pihak berkuasa Filipina atas usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa sejak dia diculik pada 6 Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Wisma Putra juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergiannya. - K! ONLINE