Pemerintah Arab Saudi itu menzahirkan ucapan tahniah tersebut menerusi panggilan telefon dari Istana Salam di Jeddah.

Dalam perutusan tahniah itu, baginda turut memuji hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia serta berharap ia dapat dipertingkatkan lagi dalam pelbagai bidang.

Menurut laporan SPA, Dr. Mahathir telah mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan menyatakan hasrat untuk terus mempertingkat hubungan dua hala kedua-dua negara demi kepentingan bersama.

Dr. Mahathir, 92, mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, dan muncul sebagai Perdana Menteri tertua di dunia. - Bernama