Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, baginda terlibat dengan pelantikan Menteri Besar (Azlan Man) dan tidak menyangka kesemua sembilan ADUN BN itu bertindak memboikot majlis itu.

"Saya tidak percaya perkara itu bagus dan perlu dijadikan iktibar supaya tidak berlaku pada masa depan.

"Saya bimbang perkara seperti ini berlaku menunjukkan seakan-akan ada pemberontak di negeri ini," titah baginda di Istana Arau di sini hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah sedemikian pada Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, baginda memaafkan kesemua sembilan ADUN itu.

"Siapa yang tidak buat salah, saya maafkan tetapi ingatkan tidak berlaku perkara itu lagi," titah baginda. - K! ONLINE