Tuntutan itu difailkan Raja Kamarul Bahrin di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Julai lalu.
Bagaimanapun, pada pro­siding semalam, Raja Kamarul Bahrin, 63, sebagai plaintif dan Noryn, 42, selaku defendan tidak hadir bagi sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie, Norhakimah Awang. 

Raja Kamarul Bahrin yang merupakan Pengerusi Amanah Terengganu diwakili oleh peguamnya, Zulkifli Yong dari Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co. manakala tiada wakil hadir bagi pihak Noryn yang juga peserta Gegar Vaganza musim ini. 
 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.