Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan di sini yang turut meminta semua pihak tidak lagi mengaitkan beliau dengan sebarang perkara berhubung pusat berkenaan.

Menurut Takiyuddin, penularan penulisan menerusi media sosial berkenaan telah menimbulkan salah faham, fitnah, kesukaran serta kerugian secara langsung kepada anak guamnya.

Sehubungan itu, kata Takiyuddin yang juga peguam kepada pengendali pusat tersebut berkata, pihaknya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang masih mengaitkan Raja Azhar dalam perkara berkenaan.

Pada 18 Mac lalu, JKM menyita premis tersebut kerana didapati beroperasi tanpa kebenaran dan pada 21 Mac, pengendalinya, Zainal Abidin Abu Samah, 56, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan itu pada September lepas, di Mahkamah Majistret Sungai Petani. - Bernama