Kempen yang mendapat kerjasama Pavilion Hotel Kuala Lumput itu turut memperkenalkan pelbagai jenis fesyen terkini daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa seperti MSGM, Pinko dan All Saints.

Lebih menarik, para pelanggan bakal menikmati pelbagai ganjaran dan barangan eksklusif Parkson sepanjang kempen itu berlangsung.

Salah satu ganjaran istimewa ialah pelanggan yang membeli- belah sehingga RM300 menggunakan kad ahli Parkson bakal menerima sebuah Trendy Neon Clear Bag.

Sementara itu, bagi pelanggan yang bukan pemegang kad ahli, anda juga berpeluang membawa pulang beg tersebut dengan hanya berbelanja sebanyak RM400 di Parkson.

Anda boleh menebus ganjaran tersebut di kaunter khidmat pelanggan gedung Parkson terpilih iaitu Parkson Elite Pavilion; Gurney Plaza, Pulau Pinang; 1Utama, Petaling Jaya; Sunway Velocity, Kuala Lumpur dan Paradigm Mall, Johor Bahru.

Selain itu, enam pelanggan bertuah yang membeli-belah sebanyak RM500 di Parkson berpeluang memenangi ganjaran penginapan tiga hari dua malam di Pavilion Hotel Kuala Lumpur.

parkson4
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi penginapan tiga hari dua malam di Pavilion Hotel Kuala Lumpur.

Jadi tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai ke Parkson untuk mendapatkan pelbagai ganjaran istimewa ini!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.parkson.com.my , Instagram dan Facebook Parkson. - K! ONLINE

parkson
Semua ganjaran tersebut boleh ditebus di kaunter khidmat pelanggan gedung Parkson terpilih seperti di Parkson Elite Pavilion.