Beliau yang mengenakan baju Melayu berwarna ungu tiba pada pukul 8.10 pagi.

Turut mengiringi ialah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Selesai solat, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad kemudian menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha sebagai manifestasi penyerahan kepada pencipta’.

Perdana Menteri menzahirkan rasa syukur kerana umat Islam di negara ini dapat meraikan Aidiladha dalam keadaan aman dan tenteram di bawah pimpinan kerajaan baharu.

Menerusi video perutusan Aidiladha yang dimuat turun di laman Twitter dan Facebook miliknya, beliau berkata, keadaan di negara ini sudah pulih dan sambutan Aidiladha boleh diadakan dalam keadaan aman damai

“Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Rakyat negara kita sekarang ini sudah tidak lagi berasa curiga terhadap kerajaan yang memerintah, yang memegang kepada lunas-lunas ajaran Islam dan kita bersyukur kerana-Nya,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.