Program dengan kerjasama penternak lembu SH Easy Agro diadakan di pekarangan Wisma Rahman Brothers, Seksyen 22, di sini.

Naib Pengerusi (Perkhidmatan) Kumpulan Rahman Brothers, Erni Erdawaty Abd. Rahman berkata, aktiviti tersebut telah disertai seramai 150 warga kerja dan mengeratkan semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan tanpa mengira pangkat.

"Daging korban dilapah, dipotong dan diberikan kepada fakir miskin dan sebahagian dimasak secara gotong-royong.

"Ini dapat memupuk sikap ambil peduli atau prihatin terhadap masyarakat sekeliling yang kurang bernasib baik terutama fakir miskin," katanya di sini. - K! ONLINE