Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, ini terbukti melalui kejayaan Abdul Rahim sewaktu perundingan bersama Setiausaha Parti Komunis Malaysia (PKM) Chin Peng (sehingga menjurus kepada majlis menandatangani perjanjian damai di Hatyai pada 1989). 

"Saya sendiri utuskan dia (Abdul Rahim ketika itu Pengarah Cawangan Khas) sebagai perunding selepas Chin Peng mahu berurusan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu) dan saya, namun dia (Chin Peng) tidak layak. 

"Abdul Rahim mempunyai pengalaman dan banyak kenalan dari negara Thailand yang boleh membantunya," katanya ketika ditemui selepas menjadi panel Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelantikan Abdul Rahim, 75, yang juga bekas Ketua Polis Negara kelima menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim, sebagai fasilitator baru untuk proses perdamaian di selatan Thailand antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) khususnya di selatan Thailand.

Mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak membantah pelantikan Abdul Rahim susulan kaitan mata lebam (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Hanif menegaskan bahawa itu adalah kesilapan Abudl Rahim dan beliau telah menerima hukumannya. 

"Hal tersebut tiada mengena dengan perundingan itu kerana kepakaran Abdul Rahim amat diperlukan bagi memastikan kejayaan proses pendamaian tersebut," jelasnya. - K! ONLINE