Hakim Zamri A. Bakar turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap bekas kerani sebuah bank, Johari Mohamad, 47, selepas tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Mohd. Rafizi, 41.

“Setelah membuat penilai­an maksimum terhadap kete­rangan saksi-saksi, mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh pertama dan kedua gagal me­nimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah,” kata­nya.

Hakim Zamri bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh sementara menunggu proses rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin masing-masing sebanyak RM15,000.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.