Menerusi kerjasama ini, beberapa komponen tertentu pesawat berkenaan milik RAAF diserahkan kepada TUDM secara percuma.

Majlis menandatangani kerjasama ini dimeterai di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur petang tadi.

TUDM diwakili Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang manakala Panglima Tentera Australia, Leftenan Jeneral Angus Campbell mewakili  Australia.

Perakuan pemindahan ini sekali gus telah membuktikan jalinan kerjasama yang erat di dalam perkongsian teknologi antara kedua-dua buah angkatan udara.

Ia juga secara langsung menterjemahkan hubungan baik antara Malaysia dan Australia di dalam bidang pertahanan.

Sementara itu pada majlis sama, Campbell dalam ucapannya turut merakamkan tahniah kepada TUDM di atas sambutan ulang tahun penubuhan ke-60 pada 1 Jun lalu.

RAAF mengoperasikan 71 pesawat F/A-18 Hornet model A dan B manakala TUDM memiliki 18 pesawat sama model D.

Tahun lalu RAAF bersetuju membeli 75 buah pesawat F-35 yang lebih moden dari Amerika Syarikat menggantikan Hornet yang digunakan sejak tahun 1984. - K! ONLINE