Zulkifli Mohamad, 38, berkata, menurut doktor keadaan itu adalah akibat daripada kesan kecederaan yang dialami anak sulungnya, Nur Zulaikha Khumaira, 7.

Katanya, pada waktu kejadian, mangsa membonceng motosikal yang dibawa kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Razalie, 18, ke rumah penghulu kampung bagi mendapatkan cop pengesahan untuk permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Terengganu (YT) bagi menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di sini.

"Saya tidak menyangka permintaan Khumaira untuk memakai baju sejuk milik ibunya akhirnya mengundang bencana.

"Tetapi apakan daya, semuanya sudah ditentukan Allah. Saya yakin ada hikmah di sebaliknya dan berharap agar diberikan ketabahan," katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku di Kampung Binjai Bongkok, Marang, kira-kira 9.30 malam semalam. - Bernama