"Beta harus mengatakan bahawa beta sentiasa terpersona dengan kekayaan budaya, agama dan kaum di Malaysia. Jika beta berkata demikian, ia sesuatu yang perlu dihargai dan diraikan," titah Putera Wales itu pada majlis resepsi yang dihoskan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah.

Majlis resepsi tersebut diadakan di Muzium Kesenian Islam, berhampiran dengan Masjid Negara di sini.

Putera Charles bersama isteri, Camilla, Duchess of Cornwall tiba di ibu negara kelmarin bagi lawatan rasmi ke Malaysia, salah satu destinasi baginda dalam Jelajah Musim Luruh Diraja.

Sementara itu, Camilla pula mengadakan lawatan ke International [email protected] (ISP) di Desa ParkCity di sini bagi mempromosikan pertandingan mengarang esei Ratu Komanwel.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.