Puspakom dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memeriksa keadaan bas tersebut dari segi teknikal.

“Laporan dan butiran pemeriksaan tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa mengikut prosedur bagi membantu siasatan,” katanya di sini sebentar tadi. 

Kosmo! semalam melaporkan, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di Machang meninggal dunia selepas terpijak lantai bas reput dan terjatuh di atas jalan di Kampung Kandis, Kelantan. 

Mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd. Suria, 12, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 12.50 tengah hari selepas jerlus dari lantai bas tersebut. - K! ONLINE