Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pemilik premis pusat urut berkenaan bijak mengaburi kegiatan mereka dengan berselindung di sebalik bangunan snuker.

Mustafar berkata, dalam operasi yang dijalankan oleh Unit Quick Response Team (QRT), Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analis Jabatan Imigresen bermula pukul 9 malam semalam, seramai 17 wanita warga asing ditahan kerana dipercayai menjadi pelacur.

"Daripada 17 jumlah orang yang ditahan, 11 orang wanita warganegara Vietnam, empat wanita warga Indonesia dan masing-masing seorang warga Laos dan Thailand yang disyaki melakukan akitiviti pelacuran di pusat urut tersebut.

"Pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut beropreasi tanpa lesen perniagaan yang sah. Majikan premis tersebut mempunyai hubungan baik dengan agen-agen di luar negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan sebagainya untuk membawa masuk wanita-wanita dari negara tersebut ke Malaysia bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan keuntungan berlipat kali ganda," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mustafar, ketika serbuan didapati kondom disorokkan di dalam kotak rokok bagi mengelak pihak penguatkuasa mengesan dan merampas kondom tersebut sebagai barang kes bagi tujuan siasatan. 

"Premis tersebut pernah diserbu oleh pihak penguatkuasa Jabatam Imigresen Putrajaya  beberapa kali pada tahun 2017 dan lebih daripada 40 wanita ditahan dan telah dijatuhkan hukuman  tetapi akitiviti pelacuran masih lagi dijalankan di premis itu tanpa rasa takut terhadap pihak penguatkuasaan dan undang-undang

"Hasil soal siasat mendapati wanita-wanita ini juga mendapat perlindungan daripada majikan dan dipercayai premis ini mengaut keuntungan hampir berpuluhan ribu dalam masa sehari melalui aktiviti pelacuran," katanya. - K! ONLINE