Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 8.59 malam.

“Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail beserta dua jentera dan sebuah kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran tersebut melibatkan sebuah bilik sauna yang terletak di tingkat 35 bangunan kondominium tersebut. Ketika anggota sampai di sana, kebakaran telah dipadamkan oleh sistem pemadam api yang terdapat di bangunan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan. - K! ONLINE