Jurucakap Jabatan Pengurusan Bencana Negeri berkata, pusat pemindahan yang dibuka sejak minggu lalu selepas kesemua 14 mangsa daripada empat buah keluarga yang tinggal dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Banjir yang melanda negeri ini sejak bulan lalu menyebabkan sebanyak 47 buah pusat pemindahan dibuka melibatkan 14 buah daerah.

"Secara keseluruhannya, seramai 7,103 mangsa daripada 2,016 buah keluarga direkodkan untuk bencana banjir tahun ini," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Jelasnya, kawasan terjejas banjir adalah di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah, Sarikei, Bintulu, Miri dan Limbang. - K! ONLINE