Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis melaporkan, sebanyak 46 kediaman di Kampung Padang Malau dan Kampung Padang Malau Dalam di sini masih dinaiki air ekoran banjir kilat.

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis sentiasa bersedia 24 jam untuk mengeluarkan mangsa banjir yang terjejas.

"Selain itu, paras sungai yang berisiko dikawal setiap masa," kata JBPN dalam satu kenyataan hari ini. - K! ONLINE