Ini berikutan kediaman mereka mula dinaiki air selepas hujan lebat berterusan hampir sembilan jam sejak pukul 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, setakat ini sebanyak 17 lokasi dilaporkan telah dinaiki air sehingga pukul 9 pagi tadi.

Menurutnya, antara kawasan yang terlibat adalah di Permatang Rawa, Padang Lalang, Taman Sri Rambai, Taman Desa Damai, Taman Makok, Taman Kota Permai, Machang Bubok, Kebun Sireh, Jalan Baru, Taman Siakap, Kampung Tok Panjang dan Kubang Semang.

Turut terjejas adalah di Taman Sukun,Taman Senangin,Tenggiri, Kampung Gajah Mati dan Bukit Teh. Sehingga pukul 9.45 pagi ini, hujan masih turun di lima daerah di Pulau Pinang. - K! ONLINE