Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, cadangan tersebut merupakan usul atau resolusi utama yang akan dibentangkan pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2017 kali keempat di Pusat Konvensyen Amanjaya, Hotel Casuarina di sini bermula hari ini sehingga esok.

Jelasnya, sekiranya resolusi tersebut diterima, USAS berupaya menjadi sebuah pusat keamanan global dengan mewujudkan dunia tanpa keganasan.

"Kita turut mencadangkan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr. Surin Pitsuwan selaku pengarah yang pertama di pusat Keamanan Sejagat dan Anti Keganasan

“Selain itu, tokoh-tokoh terkenal seperti  Pengasas dan Pengarah Medina Institute di Amerika Syarikat, Shaykh Muhammad Yahya Al-Ninowy dan beberapa tokoh lain akan dibawa untuk menyertai pusat ini yang berperanan menjadi pusat utama untuk mengadakan proses jalinan dengan seluruh dunia berkaitan matlamat mewujudkan keamanan tanpa keganasan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Amanjaya, Hotel Casuarina di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli merasmikan WCIT 2017. - K! ONLINE