Dalam serbuan bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi itu, polis turut membongkar taktik pusat hiburan berkenaan yang menawarkan cabutan bertuah ke Jepun, Korea serta Taiwan bagi menarik kehadiran lebih ramai pelanggan.

Kosmo! difahamkan, setiap bilik karaoke di pusat hiburan disewakan pada harga RM400 hingga RM1,000 dan hanya pe­langgan tetap dibenarkan masuk ke premis yang dikawal ketat itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusof berkata, dalam serbuan itu, polis menahan seramai 25 GRO serta 16 pengunjung tempatan yang positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.