Duta Puma Defy, Selena Gomez berkata, Defy mempunyai makna yang tersendiri dan satu daripada intepretasi nama tersebut adalah untuk memberanikan diri.

"Defy menyeru wanita untuk menguji had dan tidak tunduk kepada norma yang ditetapkan oleh masyarakat terhadap seseorang. Puma telah mengenengahkan idea ini dengan sempurna menerusi produk ini.

“Saya juga boleh mengaitkan diri kepada mesej yang hendak disampaikan iaitu kepentingan mendengar suara hati dan hidup dengan cara yang tersendiri tanpa mempedulikan aspek negativity,” kata Selena.

Antara keunikan Puma Defy adalah keselesaannya yang mana ia dapat dirasai menerusi teknologi Profoam iaitu kusyen yang selesa pada kasut, sekali gus menjadikan ia sesuai digayakan ketika menjalani aktiviti latihan atau sukan.

Selain itu, kasut itu juga memberi  sokongan terhadap kaki si pemakai menerusi bentuk sneaker yang mempunyai stail yang tersendiri

Ia juga mempunyai konsep knitted upper yang mengutamakan keringanan ketika Puma Defy dipakai.

Kasut berkenaan boleh didapati di kedai Puma terdekat dan pengguna boleh memilih antara dua iaitu hitam dan putih dengan harga RM519. - K! ONLINE