Kumpulan 17 pengusaha terbabit mendakwa kematian mendadak ikan-ikan dari spesies kerapu hibrid, siakap dan talapia itu disebabkan pencemaran air berpunca daripada aktiviti pertanian di Skim Pengairan Padi Pengkalan Nangka tidak jauh dari kolam ternakan mereka.

Seorang pengusaha, Norizan Che Mohd Nor, 37, mendakwa, setakat ini, dianggarkan 5,000 ekor ikan siakap, ikan kerapu hibrid dan tilapia masing-masing bermati 3,000 ekor di kolam ternakannya terjejas akibat pencemaran itu sejak dua minggu lalu melibatkan kerugian lebih RM100,000.

Dia mendakwa, kematian mendadak kan-ikan tersebut dipercayai disebabkan air buangan termasuk sisa racun dari kawasan Skim Pengairan Padi Pengkalan Nangka yang mengalir memasuki Sungai Cawat iaitu lokasi sangkar ternakan mereka.

"Kebimbangan tentang isu ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak bulan Mac lalu dengan agensi kerajaan negeri terlibat berjanji untuk membina pintu air bagi menghalang sisa buangan kawasan penanaman padi itu mengalir ke sangkar ternakan kami.

"Malangnya sehingga kini janji itu (membina pintu air) tidak dipenuhi. Sebelum Skim Pengairan Padi Pengkalan Nangka dimajukan, tidak pernah berlaku kes pencemaran air sejak kolam ternakan ini diusahakan kami sejak puluhan tahun lalu," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE