Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia kerana Bukit Bendera yang berusia sekitar 130 juta tahun itu kaya dengan nilai sejarah dan mempunyai nilai khazanah tinggi yang perlu diiktiraf dan dipelihara.

"Lihat alam semula jadi dan selami sejarahnya... (pengunjung) datang untuk hargai alam sekitar yang berusia sekitar 130 juta tahun. Ia permulaan yang baik untuk menghargai khazanah negeri ini," kata Chow ketika hadir di majlis perasmian Festival Bukit Bendera 2018 di sini hari ini.

Sementara itu Pengurus Besar Bukit Bendera Corporation, Cheok Lay Leng berkata, pihaknya telah menjalankan gerak kerja sejak dua tahun lalu untuk memenuhi kriteria yang sewajarnya.

Menurut Cheok, permohonan Rizab Biosfera UNESCO merangkumi 20 peratus daripada kawasan pulau yang berkeluasan sebanyak 12,841 hektar. - Bernama