Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari yang memberitahu langkah tersebut adalah bagi mengubah persepsi dan reputasi pulau berkenaan yang dikaitkan dengan kegiatan yang terpesong daripada akidah dan syariah.

Katanya, antara langkah awal pihaknya bercadang untuk mendapatkan status pulau bebas cukai sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan industri pengeluaran produk makanan dan pelanco­ngan.

“Kita mahukan Pulau Besar mempunyai produk tersendiri seperti koko (membangunkan kilang menghasilkan produk ber­asaskan koko).

“Sebelum ini, Pulau Besar memang diberi hak bebas cukai, tetapi dua barang iaitu minuman keras dan rokok. Kalau boleh kita mahu diperluaskan kepada barangan elektrik, makanan, pinggan mangkuk dan sebagainya malahan produk kos­metik,” katanya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.