Memorandum itu yang turut mengandungi permohonan bagi tafsiran penghakiman status Tubir Selatan diserahkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad kepada Setiausaha Sulit I Menteri Besar Johor, Ambok Nani Muhamad Nor di Pejabat Menteri Besar Johor di sini.

Hasni berkata, mereka menuntut kerajaan negeri mendesak kerajaan persekutuan menarik balik keputusan membatalkan  semakan kehakiman di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kedaulatan Pulau Batu Puteh dan Tubir Selatan.

"Bantahan ini dibuat kerana kerajaan persekutuan tidak memberikan asas yang kukuh mengapa pembatalan itu dibuat bantahan tersebut juga bertujuan mendesak kerajaan negeri memberikan penjelasan kepada Bangsa Johor," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Hadir sama bekas Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat dan bekas Exco Sumber Manusia dan Perpaduan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R. Vidyanathan. - Bernama