Menurut Najib, fasiliti baharu di PU Sendayan itu dijangka bakal menyumbang kepada tiga transformasi utama dalam pembangunan rakyat dan negara.

“Transformasi pertama melibatkan Sendayan yang sebelum ini hanya kawasan Felda untuk tanaman kelapa sawit kini menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur dan Lembah Klang berikutan pembukaan pangkalan TUDM baharu serba canggih.

“Transformasi kedua, pembinaan PU Sendayan bukan janji kosong sebaliknya dibuktikan dan ini memberi keselesaan kepada warga TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhannya.

“Transformasi ketiga, tapak PU Kuala Lumpur dapat dibangunkan dengan projek Bandar Malaysia melibatkan tapak seluas 202.3 hektar yang bakal menjadi pembangunan paling ikonik di ibu negara selepas ini,” kata beliau ketika berucap merasmikan PU Sendayan di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.