Perdana Menteri berkata, jemaah haji akan sempat me­nyambut Hari Raya Aidilfitri pada 15 atau 16 Jun depan dan menyambut satu lagi ‘hari raya’ yang dipercayai merujuk kepada PRU-14.

Bercakap di hadapan 1,200 bakal jemaah haji, Najib berkata, langkah mengadakan pilihan raya umum lebih awal membolehkan umat Islam negara ini dapat mengerjakan ibadah haji dalam keadaan tenang selepas menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan.

“Tuan-tuan (jemaah haji) dijadual berlepas pada 14 Julai depan iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri dan satu lagi ‘hari raya’.

“Maknanya, selepas kedua-dua raya ini, baru tuan-tuan berlepas ke Tanah Suci Mekah. Tetapi kita buat lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati, kalau kerajaan kita masih kekal, tuan-tuan semua akan menunaikan haji, segala-segalanya tidak berubah selagi kerajaan tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan ibadah haji di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) 2018 di Masjid Putra di sini semalam.

kuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.