Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu boleh menyebabkan pe­ngundi berpaling arah memilih kerajaan yang tidak ber­upaya meneruskan agenda pembangunan negara.

“Rakyat tidak boleh mempercayai bulat-bulat berita palsu dan fitnah tentang pembangunan negara yang di­sebarkan pelbagai pihak menjelang PRU-14.

“Penyebaran berita palsu bertujuan merosak­kan agenda dan u­saha yang dirancang kerajaan dalam membangunkan negara,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata demikian ketika ber­ucap pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2017 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.