Eksekutif Pentadbiran dan Kewangannya, Nazura Ghazali berkata, peraduan tersebut diadakan bersama dengan kempen like dan kongsi page ProRiders Auto - Gudang.

Menurutnya, peraduan dan kempen itu diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini serta mempromosikan pusat servis tayar dan kenderaan milik syarikat bumiputera ini.

Katanya, pelanggan dan orang ramai yang berminat menyertai peraduan itu disyaratkan Like dan kongsi page ProRiders Auto - Gudang serta pautan kepada lima orang rakan.

"Peraduan itu menawarkan hadiah dalam bentuk servis dan menukar minyak enjin, penapis minyak dan penapis udara secara percuma yang bernilai keseluruhan kira-kira RM2,000 kepada empat pemenang yang bertuah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu, Nazura memberitahu, Proriders Auto juga mengadakan promosi Jualan 'Kaw-Kaw'  Merdeka Raya sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha bermula 1 Ogos lalu hingga 16 September ini.

Katanya, promosi tersebut menawarkan empat pakej pembelian minyak enjin, penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh.

Menurutnya, empat pakej tersebut adalah pakej 'Durian Kampung' berharga RM206, pakej 'Manggis Diraja' (RM168), pakej 'Langsat Kuning'  (RM148) dan pakej 'Rambutan Merah' (RM136).

"Promosi 'Jualan Kaw-Kaw' itu juga menawarkan diskaun 20 peratus bagi pembelian rim dan 10 peratus untuk tayar berjenama.

"Para pelanggan Proriders Auto juga disediakan makanan dan minuman secara percuma pada setiap hari," ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut dan promosi Jualan 'Kaw-Kaw'  Merdeka Raya boleh menghubungi Proriders Auto di talian 011-63570900 dan 04-7590900 atau melayari Facebook: ProRiders Auto - Gudang. - K! ONLINE