Menurut kenyataan media Prolintas, pemaju bagi SUKE mengesahkan kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3.30 petang dan tiga pekerja pembinaan dilaporkan cedera di Persiaran Alam Damai, Cheras kelmarin.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk menerima rawatan dan tiada orang awam yang terlibat atau tercedera di dalam kejadian tersebut. 
  
“Punca kejadian sedang disiasat dan Prolintas akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di dalam melakukan siasatan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam yang telah membantu menyelamatkan mangsa di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan tersebut kelmarin.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan di sekitar tapak pembinaan Prolintas juga memberi jaminan akan memastikan aspek keselamatan sentiasa dipatuhi di semua kawasan pembinaan. 

“Sila salurkan sebarang maklum balas atau aduan berhubung pembinaan Lebuhraya SUKE menerusi saluran komunikasi yang telah disediakan seperti berikut di talian hotline 1 300 88 9922, email di [email protected] atau layari laman web www.mysuke.com.my,” ujarnya. - K! ONLINE