Dalam satu kenyataan akhbar, Prolintas menegaskan, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor atau mana-mana pihak yang melakukan salah laku sehingga melanggar peraturan atau gagal mematuhi prosedur ditetapkan pihak berkuasa negara.

Katanya, Prolintas turut memandang serius laporan akhbar mengenai tindakan kontraktor projek tersebut yang membuat sambungan haram bagi mendapatkan sumber air.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan mencuri air bagi ke­gunaan kontraktor pembinaan seperti dilaporkan Kosmo! semalam (kelmarin).

“Prolintas selaku pemilik projek ini akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) bagi memastikan siasatan yang adil dan telus dapat dijalankan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.