Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan lelaki berusia 64 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM370,000 oleh seorang penjamin di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki itu sebelum ini direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari bermula 3 Mac bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut laporan media, suspek ditahan di sekitar ibu negara pada 3.30 petang 2 Mac lepas dan merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup siasatan kes projek mega itu.

Suspek dipercayai menerima RM3 juta daripada sebuah syarikat selepas dia dikatakan mampu 'menyelesaikan' siasatan yang sedang dijalankan SPRM. - Bernama