Jumlah itu merangkumi 25 peratus bekalan air terawat daripada fasa pertama projek terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB), Abdul Hadi Ali berkata, bekalan air terawat tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 325,000 akaun pengguna.

“Kita akan memulakan (usaha) pengujian dan pengoperasian sebahagian projek LRAL2 bermula 21 Mei ini dan dijangka selesai pada pertengahan Ogos.

“Selepas itu, kami akan dapat serahkan sebahagian loji rawatan itu kepada pihak pengendali air di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat dan sumbangan PAAB Prihatin ‘Oh Seronoknya Raya 2019’ di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Abdul Hadi berkata fasa pertama LRAL2 yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022, akan membekalkan sejumlah 1,130 juta liter air sehari sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor.

Projek LRAL2 itu membabitkan tiga fasa termasuk pembinaan loji rawatan air yang akan membekalkan 565 juta liter air sehari ke Takungan Hulu Langat. - Bernama