Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata, projek tersebut menelan kos sebanyak RM5.9 bilion dengan pelaksanaannya mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan.

Menurut beliau, pelaksanaan projek itu juga menyebabkan berlaku kelancaran tren dari Pelabuhan Kelang ke Tanjung Malim terganggu.

“Kerja-kerja ini menyebabkan pengguna bagi kedua-dua laluan terpaksa menyambung perjalanan menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT).

“Disebabkan itu, ramai pengguna terpaksa menempuh tempoh kelewatan selain jumlah penumpang meningkat menyebabkan tren sesak,” katanya pada sidang akhbar di KL Sentral di sini hari ini.

Fasa pertama KVDT yang bernilai RM1.4 bilion kini terpaksa ditangguhkan sehingga November tahun hadapan.

Ia meliputi kerja-kerja menaik taraf landasan sejauh kira-kira 42 kilometer (km) antara Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu.

Projek fasa kedua akan meliputi 110km dari Kuala Lumpur ke Klang, Salak Selatan ke Seremban dan Simpang Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Klang. - K! ONLINE