Program selama lima hari bermula pada Jumaat lalu itu diiktiraf sebagai oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai program mengaji al-Quran tanpa henti terpanjang di negara ini.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, seramai 500 peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat terlibat dalam tadarus al-Quran terbabit yang diadakan di dalam Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT.

"Sepanjang tempoh lima hari berkenaan, kesemua peserta yang mengaji al-Quran secara bergilir-gilir terbabit berjaya khatam sebanyak lima kali.

"Peserta turut melibatkan komuniti setempat termasuk golongan orang kelainan upaya penglihatan, warga emas dan kanak-kanak," katanya selepas menghadiri majlis penutup program UMT Mengaji Tanpa Henti di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT di sini hari ini.

Pada majlis penutup yang disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahya Ali, Nor Aieni menerima sijil pengiktirafan daripada wakil MBOR, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi. - K! ONLINE