Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan mahu melihat program tersebut dari segenap aspek termasuk melibatkan peruntukan, keberkesanan kos dan hasil program.

“Permata merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.

“Program ini juga akan meningkatkan kemahiran perkembangan kanak-kanak. Ia adalah sesuatu yang suci dan murni,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.