Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, menerusi program tersebut, pesalah kanak-kanak terbabit akan menjalani modul intervensi khas mengikut jenis kesalahan dan latar belakang masing-masing.

"Diversion ialah kaedah rehabilitasi alternatif bagi kanak-kanak yang melakukan kesalahan ringan dan tidak serius.

"Kanak-kanak terlibat tidak akan ditahan dan tidak akan mempunyai rekod kesalahan sebaliknya akan menjalani modul merangkumi sesi kaunseling, khidmat masyarakat, bayaran ganti rugi dan membaik pulih kerosakan yang dilakukan," katanya ketika berucap pada program turun padang ke Sekolah Tunas Bakti (Perempuan) Marang di sini hari ini.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, program Diversion merupakan pendekatan lebih baik kepada pesalah kanak-kanak itu berbanding sistem kehakiman konversional.

Beliau berkata, proses perundangan sedia ada dikhuatiri mampu memberi kesan psikologi yang buruk terhadap kanak-kanak terbabit dan berbanding kesalahan kecil yang dilakukan. - K! ONLINE