Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mengkaji se­mula meka­nisme pemberian BR1M kepada penerima sedia ada bagi memastikan hanya yang layak menerima bantuan tersebut.

“Kita sudah bersetuju akan teruskan. Tetapi kita akan kaji juga kadang-kadang ada orang yang tak sepatutnya terima BR1M tetapi terima BR1M,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.